gegar gegar

Wednesday, November 25, 2009

2012-minah gile wayang

takut ker da nk kiamat ni .....nak wat pe takut memang akan jadi punyer.....sbnarnyer nk g tau korang aritu bru tgk 2012 kat cs city square(banda segi empat). bole tahan la crita ni rasa cam ayer mercik2 dari screen wayang tu...dari 5 bole bg 3 ar ar rating crita ni ......yang peliknya time nk kiamat bole plak naik kapal terbang so tak brape logik akal disitu......kalo nk jadi tu dunia ni explode dlm sekelip mate ajer......

best ni skarang da cuti semeste so ada le byk masa nk g tgk wayang tp money plak yg tak kunjung tibe....lps ni nk g bli cd ninja assasin mcm best ajer gempak giler dgr kate utk crita ni rain bi ni kena zero calorie bdn dia peh mesti fit giler mamat ni...(yang pirate sudah la nk tgk pun skali ajer lain la crita industan ada lagu) he3 dont try this at home.....

lps ni nk tgk new moon plak NEW MOON IM COMING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

Thursday, November 5, 2009

ALAH CIANYE DIA!!! bus punya hal.........


Ho3 dunia punya hal...............
Kalo tau jadi cengini tak payah beli tiket awal2 .............
kesah nye begini..
jeng jeng jeng..
aritu nak balik jb dgn kawan yele nk blk umah ar seblum exam realease tension la konon ruper2nye makin tension adlh...
Tempah tiket suruh kwn bli seblum tu .......
so bile tibenye masa nk blk kitaorg pun siap2 le kemas nak blah dr uitm secepat yang mungkin ........kitaorg siap cpt tp oleh krane bus dr uitm ni lambat tah kemana perginya pemandu diorg ............fill in the blank kat kedai makan kot ..........
bus nk blk jb kol 10.30a.m tp betolak dr uitm ke stesen segamat da pukul 10.15a.m ....sampai sampai aje kat stesen segamat bus da jalan peh sakit jiwa dgr.........dr nk cpt blk jd lambat pastu double tiket plak tu ........yele tiket yg kol 10.30 td burn ar free2 sedekah kat driver bus...
ok tepat kol 12.30p.m kitaorg naik bus ke jb next bus ar tadi kan da terlepas....
da naik bus tu pun lega ar tp tak brape lega sbb setahu kitaorg ,kitaorang naik bus g jb (buss transnasional ) tapi rasa cam bus internasional plak pasal penumpangnya suma dari indon,thailand,and vietnam kita berdua aje org m'sia .......hu3 bus pun mcm nk pecah kitaorg naik ..goyang2
DUGAAN2 tapi last2 sampai gak ke destinasi kitaorg ALHAMDULILAH.....
INILAH KESAH DOUBLE TIKET......DOUBLE BENGGANG.....


Monday, October 19, 2009

MaTeMaTiC dan Aku...........

Mathematic? sape kate tak best? Best Ape ?mathematic la senang nak score sbb pusing2 sama aje jalan kira dia cume korang kena kreatif ar,,,,he3 saya dulu bknnye teror sangat math ni,oleh kerana jasa cikgu math garang sgt so tibe2 jadi terror plak.....Peh korang tak tau cikgu math skolah rendah saya garang gile kalo keja tak siap mahunya buku korang terbang macam piring terbang di balingnya.....
Oleh kerana saya ni baik budaknya tak pernah la buku saya diterbangkan ke angkasa(hakikatnya gerun cikgu garang he3).........Kalo kerja sekolah tu mesti lah kemas dan teratur,jawapan mesti digaris dengan pensel warna merah ,boleh dikatakan stok pensel warna kat kedai area skolah habis lah(kedai rainbow)......promote~~~
Betol korang cayo la ckp eden......nama cikgu yang banyak melahirkan bdk2 yang teror math kat Sri Skudai ialah CIKGU CHANDRA.........Pada mulanya masa masuk kat Segamat ni ingatkan kursus Pengurusan Maklumat nie ada la subjek Math,rupe2 nye tak ada langsung buang karen aje saya siap bwk 2 kalkulator........hu3
Tak ape lah math tak ada pun tak ape ...............Idup library(Bodek ,maklumlah kursus information management)...

Friday, October 16, 2009

QASEH antara MANUSIA dan ..........

Buat ape tu marilah sini duk tgk video ni sambil minum air kopi dengan roti..duduk la jgn tak duduk......

Saya sarankan tontonlah video ini kerana ia dapat menyedarkan kita bahawa haiwan juga mempunyai perasaan walaupun ia tidak dapat diluahkan oleh kata,betul pepatah yang mengatakan when we love someone its shown.....

Pada pertama kali saya menonton video ini hati saya tersentuh dengan keakraban mereka ,hampir menitis air mata saya menontonnya....(touching btol menusuk ke kalbu).Senang kata korang tontonlah bru tahu cam ne perasaan korang...kalo tak ada perasaan tu korang mmg le perasan.......

Walaupun ia telah berlaku pada waktu yang lama dahulu ttp impak yang diberikan amat besar hingga kini....(tgk gambar pun kita boleh tahu ia berlaku pada zaman tok kaduk)....

SEKIAN WASSALAM????????????

Finale Intermeso Night 09



Finale Intermeso Night ? ish ape tu? kalau korang nak tahu itulah nama yang diberi untuk majlis makan malam bagi pengakhiran semesta ini...Kalo korang nak tahu just google it.....Time ni lah kitaorang bergaya sakan ,tema bagi pakaian hari ini adalah hijau,puteh dan hitam tetapi oleh kerana kelas kami ada buat fashion show so kena la pakai baju yang lain daripada yang lain....GILA GLAmOUR la KATAkan ....he3

Inilah antara kerenah kami sekelas yang dapat dirakam ,boleh dikatakan naik cramp muka asyik nak pose dan senyum..suma orang yang ada kalau boleh kami nk bergambar..3 antara gamba yang jdi pilihan yang paling atas tu gamba saya and mashi(siti hazira) pose yang kitaorang buat ialah pose ikan buntal he3........tak lama lagi saya dapat jangkakan ia akn menjadi ikutan ramai........he3 pasal kitaorg mmg cute...

Gambo hok yang di tongah tu saya dengan mat kesatria tiap-tiap ari rabu bru jumpa dia berkawat sama platun ,platun 5 company ECHO,saja untuk kenangan....yang bwh plak gamba beramai-ramai bg memeriahkan majlis,antara yang ada ialah azian ,mashi,anis izurain,emilia,arffah,farahiyah (yang glamor mcm pengantin tu),jejaka sorang kat dpn tu ialah fakharudin and last but not list mestilah tuan punya blog pun ada.....world without me is nottin...

Tabik spring kat exco yg menjayakan majlis ni tp yang paling penting makanan memang sedap.hingga menjilat ibu jari...........iklan KFC skit ....Meriah sungguh malam 13 okto aritu dgn persembahan dan cabutan bertuah bg yang bertuah ........kalo tah bertuah pun ,,,betuah btol lah bdk ni!!!!!!!!!!!

Yang paling penting semua happy.....Bye



Saturday, October 10, 2009

Macam-macam jenis kuih ada!!!!!!

Pelbagai juadah yang disediakan setiap hari raya sama ada di Semenanjung mahu pun Di Sabah dan Sarawak.Seperti kebanyakan kuih yang terkenal di Semenanjung contohnya ialah Kuih Semperit,Kuih Batang Buruk,Biskut Makmur dan byk lagi kalo nak di senaraikan amat lah banyak,tak muat satu page.Sebenarnya tidak ada bezanya antara perayaan masing-masing ,sama sahaja cuma beza etnik dan tutur bahasa .Tetapi yang paling penting sekarang ialah ,bak kata PM kita sekarang Satu Malaysia,apapun kita adalah sama.

Apa yang menarik minat saya mengenai kuih ini ialah warnanya yang pelbagai.Kek Batik ini amat terkenal di negeri sarawak terutamanya apabila tiba musim raya aidilfitri.Buat pertama kalinya saya merasa kuih ini di sini(uitm segamat),kawan wing saya (ikin )menjemput saya untuk merasa kuih buatan tangan ibu dan neneknya ini.Saya pernah melihatnya di televisyen tetapi tak pernah merasanya .Kalau kita lihat dari rupa kek ini amatlah cantik dan perlukan penelitian yang amat tinggi.Pada mulanya rasanya amat pelik bagi saya ,mungkin kerana tidak biasa (maklumlah orang jakun baru first time rasa)he3.


Untuk pengenalan kek yang diatas itu kek batik nama diberi,kek batik namanya adalah kerana corak dan warna kek ini amat mirip dengan dengan batik,manakala kek yang dibawah itu adalah kek kipas,(saya mengelar kek ini kek kipas angin kerana apabila ditiup angin kuih ini akan berkecai hancur),tetapi kalau dilihat dari corak dan bentuk kek ini kita dapat tahu dari mana datangnya nama itu.Pada pendapat saya untuk membuat kek ini perlu kesabaran dan kemahiran yang tinggi, ini kerana proses pembuatannya amat rumit.....
SELAMAT MENIKMATI HIDANGAN!!!!

Wednesday, October 7, 2009

Dari Mana datangnya BENCANA itu.?

Akibat cintakan dunia, Takutkan mati..
Umat yg hilang pegangan agama akan hanyut di bawa air bah. Akhirnya ia akan lenyap ditelan bumi atau hilang di tengah lautan.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya): "(Masa) semakin hampir bagi (bukan islam) untuk saling menguasai kamu sebagaimana para pelahap saling ajak-mengajak utk menyantap hidangan mereka." Sahabat bertanya: "Adakah keadaan itu disebabkan bilangan kita sedikit?"Baginda menjawab: "(Tidak) Bahkan keadaan kamu pada hari itu ramai cuma keadaan akamu sama seperti buh air bah. (Jesteru) Allah akan mencabut dari hati musuh kamu perasaan gerun terhadap kamu, sebaliknya Dia akan mencampakkan ke dalam hati kamu perasaan wahan.Sahabat bertanya: "Apakah wahan itu? Nabi S.A.W. menjawab: "Cintakan dunia dan takutkan mati." (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Abu Nucaim dan dinilai sahih oleh Al-Albani.Lihat: Ad-Durar As Saniyyah,atas talian
http://www.dorar.net./mhadith.asp).
Gejala wahan telah mencetuskan ketamakan dalam perebutan pangkat dan kuasa. Kedua-duanya adalah jalan utk membolot harta. Dgn harta,manusia boleh merealisasikan segala keinginan syahwatnya. Manusia sanggup melakukan apa sahaja utk pangkat & kuasa, meskipun terpaksa mengorbankan pegangan agama.
Dalam bayangan kehinaan yg menggamit umat negara ini, sayugia kita berwaspada agar tidak terleka dgn kehidupan dunia.Allah SWT menjanjikan balasan Neraka bagi manusia yg leka mengejar habuan dunia. Tetapi DIA menjanjikan Syurga bagi sesiapa yg dpt mengawal nafsunya.
Allah SWT berfirman (maksudnya): "Maka(dptlah masing2 mengetahui kesudahannya), adapun orang yg melampau (perbuatan derhakanya) serta dia mengutamakan kehidupan semata-mata, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun org yg takutkan keadaan semasa ia berdiri di Mahkamah Tuhannya, (utk dihitung amalnya) serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya Syurgalah kediamannya." (An-Naziat,79: 37-41)
Dalam satu ucapan di UKM, seorg Profesor Universiti Baghdad berkata, "Umat Islam di Baghdad tidak mengharapkan bantuan fizikal dari rakyat Malaysia. Anda terlalu lemah utk menghadapi cabaran jihad.Apa yg kami harapkan ialah supaya anda mengambil iktibar, biar apa yg berlaku di Iraq tidak berlaku di negara anda."
Mengambil iktibar dari bencana Gaza bukan sekadar melaungkan slogan anti-YAHUDI. Semua org menyatakan kebencian terhadap Yahudi. Tetapi produk Yahudi masih memenuhi rumah sendiri. Kebencian perlu dizahirkan. Tetapi apa yg lebih penting ialah menjauhi faktor kelemahan yg secara senyap dirancang oleh Yahudi.

Sunday, September 27, 2009

TEKA TURKEY....Santai sahaja







Marilah!!Ramai ramai sertai saya dalam teka-teki..



  1. 1.Byk2 binatang ,binatang ape yang pandai masak.
    Jwpn-ular pasal ada ular senduk.

2.Knape liverpool tak nak makan kat restoran ?
Jwpn-pasal kat restoran ada menu( man u).

3.Benda apa ada mak tak ada bapak?
Jwpn-jari:sbb ada ibu jari mana ada bapak jari.

4.Galah apa yang ada kat laut.
Jwpn-udang galah la...

5.Banyak-banyak kereta ,kereta apa boleh panjat pokok ke pokok.Jwpn-kereta Mazda 3 to 3.(sebutan dalam inggeris three to three sama dgn tree to tree)


Kalau ada teka-teki kongsilah bersama.

BERI LALUAN,,,,,,,




Perhatian-perhatian sila berilaluan kepada kenderaan yang bergerak.Kalau jadi manusia ni kita mestilah saling bertolak ansur jangan jadi tamak atau pembuli jalan raya walaupun dikala hari raya.
Semasa didalam bas juga kita haruslah beri laluan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk duduk seperti anak kecil,ibu mengandung, dan warga tua .Mengalahlah dan berikan kemudahan kepada yang betul-betul memerlukan.
LAMPU HIJAU TANDA BERGERAK.....
Kemana destinasi seterusnya untuk kita tuju setelah mendapat keputusan yang baik atau sebaliknya .Masa sekaranglah kita harus menentukan kemana arah yang perlu kita tuju untuk kejayaan diri sendiri.
Untuk pengetahuan anda, ya saya memang berasal dari melaka dan papan kenyatan itu adalah buktinya .Gambar ini saya ambil semasa dalam perjalanan ke Tanjung Kling iaitu rumah Kakak kepada nenek saya.Tiap-tiap tahun kami akan mengunjung bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan............Sekian.

PENGANGGUR TANAM ANGGUR......

Gambar hanya untuk tontonan.....

Pada sesiapa yang lepasan SPM pasti pernah mengalami menjadi seorang penganggur buat sementara menunggu keputusan SPM keluar.Saya adalah salah seorang diantara mereka yang menggangur diwaktu itu.Saya mahu bekerja tapi ibu saya macam tak galakkan aje so saya pun jadi malas lah untuk mencari pekerjaan untuk mengisi masa lapang .

Cemburu jugak dengar kawan-kawan semua timba pengalaman masa bekerja ,memanglah kewan-kawan ada mengadu penat tetapi seronoknya masa hujung bulan la masa gaji dah keluar.Jangan ingat menganggur ni tak penat ,jadi penganggurlah lagi penat sebab tak tahu nak buat ape dekat rumah makan tidur,makan tidur dah jadi macam hobi pulak.
Untuk mengelakkan dari bosan saya pun layan lah pokok-pokok yang ada kat rumah tu terutamanya pokok yang paling saya sayang ialah pokok bonsai amanat ayah saya .Pokok lah peneman dikala kebosanan.He3 mcm luahan perasaan pulak.

PERCAYALAH PENAT JADI PENGANGGUR NI!!!

SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT M'SIA.....



SIAPA tak kenal pada angkasawan pertama kita sudah tentunya Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie bin Sheikh Mustaphar.Beliau telah memecahkan rekod menjadi rakyat ,malaysia pertama menjejakkan kaki ke angkasa.

Pelepasan beliau ke angkasa menjadi sejarah pada 50 tahun Malaysia merdeka pada masa itu.Saya amat kagum dengan keberanian anak melayu ini yang mempunyai semangat jati dan teguh.Buku ini saya beli dengan harga rm16 pada masa itu bagi membangkitkan semangat sebagai anak malaysia .

Buku ini di dedikasikan kepada adik beliau yang telah pulang ke Rahmatullah.Buku ini mengisahkan perjalanan Dr.SMS semasa di angkasa dan kajian beliau dalam cancer.Untuk menjadi angkasawan M'sia yang pertama perlulah mempunyai ketahanan diri yang amat teguh dan kesihatn yang baik .Bukan sebarangan orang yang boleh pergi keangkasa.You are my Ikon Dr.SMS.

SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT M'SIA.....

COMIC BEST BANGET!!!!


Ni la hobi saya dimasa lapang dan dikala duka ,membaca komik.Saya baca komic kerana ia dapat mengurangkan stress di hati dan melapangkan fikiran.Ini adalah diantara koleksi peribadi saya yang saya kumpul dan simpan untuk dibaca pada masa kelapangan.
Mungkin sesetengah orang menganggap hobi ini hanya membazir dan agak kebudak-budakan tetapi saya tidak mengendahkannya kerana ia amat menghiburkan hati dan mencuit hati saya.
Pada mulanya saya hanya meminjam dari rakan saya dan tertarik dengan design dan warna yang di tonjolkan oleh kartunis.Memang membaca komik akan membuatkan kita leka tetapi kita sebagai pelajar haruslah tahu mengawalnya.
INILAH SABAHAGIAN KOLEKSI SAYA..............................

Uih Ramainyer!!!





Uih ramai nyer ada apa kat rumah ni.Oh Hari Raya Aidilfitri rupanya ingat ada apa tadi.

Inilah keluarga sebelah mak saya yang tinggal masih hidup lagi ialah nenek saya nek Pah namanya.


Kalo korang semua nak tahu ni baru sebahagian daripada keluarga kami yang pulang cuba korang bayangkan kalo semua balik iaitu 12 adik beradik mak saya.Campur cucu campur cicit lagi mahunya tak pecah rumah nenek tu.Best giler raya dekat kampung ni bukan sahaja semua saudara balik beraya yang paling penting sekali kemeriahan bunga api dan mercun yang berdentam-dentum bunyinya.Seronok makan ramai-ramai masa pagi raya saling salam salaman dan memohon maaf dengan berpakaian serba baru dan beraneka warna .Colourful mcm rainbow.


Yang berbaju coklat tu la saya dekat kerusi tu korang jangan keliru pulak sebab colour kerusi sama dengan colour baju.Hee3

Sunday, September 13, 2009

Semester Pertama

Sini saya nak cerita pengalaman masa dalam semesta pertama kat UITM ni.(bkn alam semesta yek,he3 kadang2 bole keliru gak).Al-maklum la pelajar baru.Pada mulanya mestilah takut,gelabah,nevous pun ada ,yela kita tak tau macam mana tinggal kat tempat orang.Elok ke tak,tapi nasib baik lah saya cepat menyesuaikan diri kat sini ,alhamdulilah saya tak mengalami kejutan budaya .Kemudahan yang ada kat sini ok lah tak lah teruk sangat ,semuanya cukup tapi kalo nak perfect lagi baiklah tinggal kat rumah tak payah lah pergi universiti yek.......(ngada-ngada btol).kat sini baru kita tahu apa itu assigment rupa2nya sama dgn "homework"mcm masa kita sekolah dulu2 tp assigment lebih comersial la, sedap di dengar(glamor skit).........

Macam-macam yang tejadi masa semester pertama ni yang paling GEMPAK penyakit H1N1 semakin menular dan banyak yang demam waktu itu ,ramai jugak lah yang kena pulang (kuarantin ).Sampaikan wakil PTPTN pun takut nak datang sbb takut tejangkit sama SYUKUR saya terhindar dari H1N1.Sekarang ni kering kontang dah poket seluar sbb duit nak belanja makin surut.......Penyakit ni masih ada so bejaga-jaga lah dan jaga kebersihan diri dan keluarga .

Cara pangajaran kat sini tak sama dengan kat sekolah ,dimana semuanya disuap cikgu,kat sini pula ialah tempat kita mencari ilmu bukan lagi hanya mendengar dan belajar.

Friday, August 28, 2009

Jangan pandang rendah pada BONSAI.




Yang sebelah kiri ni ialah pokok bonsai yang ditanam oleh ayah saya dan sekarang saya le yang kena jaga ,nak jaga pokok ni bukan perkara yang senang ianya sama la jugak dengan menjaga anak kita sendiri..kita kena belai dia, bersihkan dia ,beri makan dekat dia .so bce la cara2 nak jaga bonsai.

(ckp omputeh skali skale)


Taking Care of Bonsai Plants
Step 1
First, in order to take care of your bonsai tree, you must learn how to water it properly. Bonsai trees should not be watered too often unless the soil feels dry. Bonsai trees are planted in specially formulated soil that retains moisture and over watering could be detrimental to your plant.
Step 2
Second, misting the tree can be very helpful for your tree as well. Bonsai trees will thrive in a humid environment and re-creating this environment will go a long way in the care of your tree. You can also place a tray under your tree which you can fill with water which will naturally evaporate. However, make certain that the roots are not sitting in water.
Step 3
Third, bonsai trees should be placed permanently in a sunny location as they thrive in sunlight. Some bonsai trees need more sunlight than others so check the instructions that came with your tree.
Step 4
Fourth, you should fertilize your tree two times per year to keep it healthy and to allow it to grow. It is best to fertilize your tree in the Spring and in the Fall. Make sure that your fertilizer contains nitrogen, phosphoric acid and potash. Always use a little bit less than the manufacturers instructions.
Step 5
Fifth, trimming and pruning your tree will help it keep the original shape and keep the tree balanced with the root system. It is critical that the two stay balanced in order to keep the tree the size desired.
Step 6
Sixth, training may be needed for your bonsai. Training with the use of rope or copper wire will help you to shape the plants and form branches in the shape plus direction desired. Wrap the wire closely to the branch but not to closely so that it cuts into the bark. Cutting into the bark can severely damage the bark and hurt the entire tree.
Step 7
Seventh, know that your bonsai does not like traditional potting soil. Bonsai trees use Bonsai soil which is free draining and does not retain water like traditional soil. Bonsai soil also allows the roots to breathe which is critical for the health of the plant.
Step 8
Eighth, having the proper soil is also during the re-potting process which will occur every five years or so. It will be necessary to take the plant out of the pot, shake off the excess dirt and clip the roots back to a size that will fit the container. Keep the plant out of the sun for at least one week after cutting the roots.
Step 9
Finally, protect your tree. There are various diseases and bugs that can seriously harm your plant. Caring for your bonsai plant properly can protect your tree from such things. Bugs tend to feed on the weaker trees. Give your plant light, fresh air and the proper soil and you will be able to enjoy your bonsai tree for years to come.

Thursday, August 27, 2009

Puasa la lagi



Ini gambar yang diambil semasa bulan ramadhan tahun 2008 umo mase tu lebih kurang 17 (ish muda lagi).Sume satu klas 5sn3 seronok kita semua satu kelas berbuka di KFC di JUSCO skudai.Yang cina pun kitaorang ajak berbuka sekali sbb kelas mase from 5 ,, 8 orang saje bdk melayu so sume satu klas kitaorg angkut g jusco untuk memeriahkan bulan ramadhan yang mulia ni ..Klaka betul bdk2 cina ni dah la tak pose tp berbuka mengalahkan org pose.he3.gamba ni di ambil lepas makan sbb tu la masing-masing perut maju ke dpn mcm ular kekeyangan pun ada..ok sini sy nak kenalkan yg duduk dr kanan hajar,chia lian,faris,azwan,sing han,izrin,fen ong,hwee suen,yana,anis(saya la tu),hafezza dan yg diri tu izzati..sbnarnya ada lg sorang nama dia ummul tp dia kat mane ek? oh yang amik gamba kitaorg ni la ummul tu psl la dia tak ada dalam gamba..Inilah kenangan yang paling best semasa puasa tahun lepas.Tp apa boleh buat semua sekarang sudah membawa haluan masing-masing untuk mengejar impian kami..

ish tak dapat nak digambarkan la betapa seronoknya mase zaman sekolah dulu.........(mcm da lama sgt tingal skola plak).So nak nasihat dengan kata lain nak beritahu kat korang semua jangan la ponteng sekolah sebab school is cool.JGN PONTENG YEK.......

Monday, August 24, 2009

PUASA OH PUASA

Hukum bagi orang islam berpuasa di bulan ramadhan ialah wajib...saya juga tidak ketingalan meraikan bulan ramadhan al-mubarak yang mulia ini..ia hanya datang setahun sekali..yang membuatkan saya pelik mengapa masih ramai dikalangan kita yang masih lalai dan melepaskan peluang untuk mempertambahkan ibadah puasa ini..(RASULLULAH S.A.W pernah bersabda; siapa yang bergembira dengan datangnya ramadhan ,maka ALLAH mengharamkan jasadnya masuk dalam semua pintu neraka....



Ini bukan bermakna kita gembira kerana di bulan ramadhan di sediakan pelbagai juadah yang sedap-sedap..Yang diertikan seperti sabda nabi adalah pada bulan ini lah kita perlu mengambil sepenuh peluang yang ada untuk mengupgrade diri kita...



KEBAIKAN BERPUASA mengikut- Prof. Madya Mohd. Isa Abdul Majid dari

(Pusat Racun Negara, USM )


SALAH satu cara untuk mengatasi ketagihan rokok seperti yang dibincangkan dalam buletin ini adalah dengan cara berpuasa. Berpuasa sangat digalakkan kerana dalam hal ini ia merupakan satu bentuk latihan keazaman serta kesungguhan di samping manjalani amalan berhenti merokok secara berperingkat-peringkat. Dari kajian mendalam dalam bidang perubatan, berpuasa dianggap sebagai suatu bentuk terapi semula jadi yang boleh mengatasi beberapa masalah akibat pemakanan tidak betul disebabkan lebihan makanan yang seringkali timbul di negara maju dan membangun. Di antara masalah ini termasuklah penggumpulan lemak di saluran darah (Atherosclerosis), tekanan darah meningkat (Hypertension) penyakit jantung alahan dan penyakit kencing manis (diabetes).



Disini kita dapat simpulkan bahawa tidak ada alasan untuk kita tidak berpuasa setiap suruhan itu pasti ada kebaikan kepada diri kita.....saya akhiri dengan pantun kelakar



jangan lupa renew lesen mulut,
serviskan hati,
kawal kadar pencemaran mata dan telinga,
peliharalah enjin perut,
tax minda dan cukai kesabaran.
Anda mungkain pemenang anugerah malam lailatul qadar 2009......

SELAMAT BERPUASA.........

Sunday, August 23, 2009

IMS

IMS adalah persatuan bagi kursus yang saya jalani untuk tiga tahun ini.IMS adalah singkatan bagi Information Management Society.pada 7 ogos 2009 baru-baru ini persatuan ini telah mengadakan majlis khas untuk kami part one iaitu majlis integrasi IMS bagi memperkenalkan diri kami kepada senior-senior dan pensyarah-pensyarah kursus kami...Pada malam ini separuh dari group iaitu tiga dari enam group klas telah memberikan persembahan yang sungguh mencuit hati dan menghiburkan penonton didewan sri temenggung......Bak kata org pecah panggung lah........

keesokan harinya pada 8.ogos.2009 pelbagai aktiviti yang di sediakan untuk kami sertai dan ini juga salah satu cara untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kami .Kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan semuanya terdapat 12 kumpulan..Kami melakukan semua aktivitibersama-sama kumpulan yang telah ditetapkan....Antara aktiviti yang dijalan kan ialah night walk,angkasawan dan sebagainya...aktiviti ini adalah untuk menjana idea kami dan ketahanan mental beside hanya hiburan semata-mata.......

Tuesday, August 18, 2009

NAMAKU

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan salasilah diri saya sudah tentu anda semua ingin mengenali diri saya...
terlebih dahulu saya mulakan dgn nama, nama di beri Noranis binti Abu Bakar,seperti yang anda semua tahu nor itu beerti cahaya dan anis beerti teman setia .nama ini diberi oleh kedua ibu bapa ku sempena nama allahyarham atuk saya iaitu Janis bin Abu..

Hendak di jadi kan cerita semasa pemilihan untuk menetapkan nama saya ini,datuk saya(bapa kpd ibu) ada mencadangkan beberapa nama ttp yg paling melucukan ialah SHARIFAHLIS ..alasan yg diberi oleh datuk saya ialah kebetulan ketika itu pak cik saya ditempatkan di universiti perlis.ha3 sunguh la kelakar....

So dulu kini dan selamanya namaku adalah NORANIS BINTI ABU BAKAR.......boleh panggil anis sahaja.......

Thursday, August 13, 2009

16.julai.2009

pada hari ini adalah hari jadi aku yang ke18 dan buat pertama kalinya aku berjauhan dr keluarga .......dan juga menyambut hari jadi sendirian...yang paling tak meyeronok kan adalah aku demam mungkin kerana perubahan cuaca ...(yg penting aku bkn dmm h1n1 yek)HE3....

umur dah meningkat so tanggungjawab pun semakin meningkat.sama ada sbg anak ataupun sbg pelajar..........makin lama makin ssh hidup ni yang plg penting bagaimana kita kendalikannya....

sambung semula kpd 16 julai,aku dmm agak panas la jugak begitu juga dgn ubat yg diberi doktor amat la byg mcm2 pesen ,bentuknya...

ALHAMDULILAH......beberapa hari lps itu aku pun beransur pulih mungkin dos ubat yg doktor tu bg agak kuat...aku jd blur2 skit lepas mkn ubat tu.....sekian 16 julai 2009

Saturday, August 8, 2009

satu hari di uitm

hati aku berdebar-debar menanti hari utk beganjak dari alam persekolahan ke alam universiti,dan juga meningalkan ibu aku berseorangan di rumah setelah kehilangan bapa ku yang tercinta ...tetapi apa yang boleh aku lakukan hanya akur kepada kehendak ibu aku supaya aku meneruskan perjalanan ke menara gading walaupun hati kami amat berat utk terpisah....

sebagai anak inilah tanggungjawab aku utk buat yang terbaik utk mengharumkan nama keluarga...teruskan pelajaran aku dan mengengam segulung ijazah.....

aku memilih course pengurusan maklumat walaupun tidak mengetahui apa sebenarnya yg akn aku pelajari melaluinya...tetapi apa yg boleh aku lakukan hanya bersyukur kerana masih berpeluang di tempatkan di uitm segamat johor pd taun ini(2009).

sebelum itu ada juga aku menerima tawaran dr matrik(perakaunan) ttp aku tidak menolak tawaran kerana risikonya amat tinggi bg aku.

Sunday, August 2, 2009