

Apa yang menarik minat saya mengenai kuih ini ialah warnanya yang pelbagai.Kek Batik ini amat terkenal di negeri sarawak terutamanya apabila tiba musim raya aidilfitri.Buat pertama kalinya saya merasa kuih ini di sini(uitm segamat),kawan wing saya (ikin )menjemput saya untuk merasa kuih buatan tangan ibu dan neneknya ini.Saya pernah melihatnya di televisyen tetapi tak pernah merasanya .Kalau kita lihat dari rupa kek ini amatlah cantik dan perlukan penelitian yang amat tinggi.Pada mulanya rasanya amat pelik bagi saya ,mungkin kerana tidak biasa (maklumlah orang jakun baru first time rasa)he3.
Untuk pengenalan kek yang diatas itu kek batik nama diberi,kek batik namanya adalah kerana corak dan warna kek ini amat mirip dengan dengan batik,manakala kek yang dibawah itu adalah kek kipas,(saya mengelar kek ini kek kipas angin kerana apabila ditiup angin kuih ini akan berkecai hancur),tetapi kalau dilihat dari corak dan bentuk kek ini kita dapat tahu dari mana datangnya nama itu.Pada pendapat saya untuk membuat kek ini perlu kesabaran dan kemahiran yang tinggi, ini kerana proses pembuatannya amat rumit.....
SELAMAT MENIKMATI HIDANGAN!!!!
No comments:
Post a Comment