gegar gegar

Sunday, September 27, 2009

TEKA TURKEY....Santai sahaja







Marilah!!Ramai ramai sertai saya dalam teka-teki..



  1. 1.Byk2 binatang ,binatang ape yang pandai masak.
    Jwpn-ular pasal ada ular senduk.

2.Knape liverpool tak nak makan kat restoran ?
Jwpn-pasal kat restoran ada menu( man u).

3.Benda apa ada mak tak ada bapak?
Jwpn-jari:sbb ada ibu jari mana ada bapak jari.

4.Galah apa yang ada kat laut.
Jwpn-udang galah la...

5.Banyak-banyak kereta ,kereta apa boleh panjat pokok ke pokok.Jwpn-kereta Mazda 3 to 3.(sebutan dalam inggeris three to three sama dgn tree to tree)


Kalau ada teka-teki kongsilah bersama.

BERI LALUAN,,,,,,,




Perhatian-perhatian sila berilaluan kepada kenderaan yang bergerak.Kalau jadi manusia ni kita mestilah saling bertolak ansur jangan jadi tamak atau pembuli jalan raya walaupun dikala hari raya.
Semasa didalam bas juga kita haruslah beri laluan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk duduk seperti anak kecil,ibu mengandung, dan warga tua .Mengalahlah dan berikan kemudahan kepada yang betul-betul memerlukan.
LAMPU HIJAU TANDA BERGERAK.....
Kemana destinasi seterusnya untuk kita tuju setelah mendapat keputusan yang baik atau sebaliknya .Masa sekaranglah kita harus menentukan kemana arah yang perlu kita tuju untuk kejayaan diri sendiri.
Untuk pengetahuan anda, ya saya memang berasal dari melaka dan papan kenyatan itu adalah buktinya .Gambar ini saya ambil semasa dalam perjalanan ke Tanjung Kling iaitu rumah Kakak kepada nenek saya.Tiap-tiap tahun kami akan mengunjung bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan............Sekian.

PENGANGGUR TANAM ANGGUR......

Gambar hanya untuk tontonan.....

Pada sesiapa yang lepasan SPM pasti pernah mengalami menjadi seorang penganggur buat sementara menunggu keputusan SPM keluar.Saya adalah salah seorang diantara mereka yang menggangur diwaktu itu.Saya mahu bekerja tapi ibu saya macam tak galakkan aje so saya pun jadi malas lah untuk mencari pekerjaan untuk mengisi masa lapang .

Cemburu jugak dengar kawan-kawan semua timba pengalaman masa bekerja ,memanglah kewan-kawan ada mengadu penat tetapi seronoknya masa hujung bulan la masa gaji dah keluar.Jangan ingat menganggur ni tak penat ,jadi penganggurlah lagi penat sebab tak tahu nak buat ape dekat rumah makan tidur,makan tidur dah jadi macam hobi pulak.
Untuk mengelakkan dari bosan saya pun layan lah pokok-pokok yang ada kat rumah tu terutamanya pokok yang paling saya sayang ialah pokok bonsai amanat ayah saya .Pokok lah peneman dikala kebosanan.He3 mcm luahan perasaan pulak.

PERCAYALAH PENAT JADI PENGANGGUR NI!!!

SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT M'SIA.....



SIAPA tak kenal pada angkasawan pertama kita sudah tentunya Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie bin Sheikh Mustaphar.Beliau telah memecahkan rekod menjadi rakyat ,malaysia pertama menjejakkan kaki ke angkasa.

Pelepasan beliau ke angkasa menjadi sejarah pada 50 tahun Malaysia merdeka pada masa itu.Saya amat kagum dengan keberanian anak melayu ini yang mempunyai semangat jati dan teguh.Buku ini saya beli dengan harga rm16 pada masa itu bagi membangkitkan semangat sebagai anak malaysia .

Buku ini di dedikasikan kepada adik beliau yang telah pulang ke Rahmatullah.Buku ini mengisahkan perjalanan Dr.SMS semasa di angkasa dan kajian beliau dalam cancer.Untuk menjadi angkasawan M'sia yang pertama perlulah mempunyai ketahanan diri yang amat teguh dan kesihatn yang baik .Bukan sebarangan orang yang boleh pergi keangkasa.You are my Ikon Dr.SMS.

SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT M'SIA.....

COMIC BEST BANGET!!!!


Ni la hobi saya dimasa lapang dan dikala duka ,membaca komik.Saya baca komic kerana ia dapat mengurangkan stress di hati dan melapangkan fikiran.Ini adalah diantara koleksi peribadi saya yang saya kumpul dan simpan untuk dibaca pada masa kelapangan.
Mungkin sesetengah orang menganggap hobi ini hanya membazir dan agak kebudak-budakan tetapi saya tidak mengendahkannya kerana ia amat menghiburkan hati dan mencuit hati saya.
Pada mulanya saya hanya meminjam dari rakan saya dan tertarik dengan design dan warna yang di tonjolkan oleh kartunis.Memang membaca komik akan membuatkan kita leka tetapi kita sebagai pelajar haruslah tahu mengawalnya.
INILAH SABAHAGIAN KOLEKSI SAYA..............................

Uih Ramainyer!!!





Uih ramai nyer ada apa kat rumah ni.Oh Hari Raya Aidilfitri rupanya ingat ada apa tadi.

Inilah keluarga sebelah mak saya yang tinggal masih hidup lagi ialah nenek saya nek Pah namanya.


Kalo korang semua nak tahu ni baru sebahagian daripada keluarga kami yang pulang cuba korang bayangkan kalo semua balik iaitu 12 adik beradik mak saya.Campur cucu campur cicit lagi mahunya tak pecah rumah nenek tu.Best giler raya dekat kampung ni bukan sahaja semua saudara balik beraya yang paling penting sekali kemeriahan bunga api dan mercun yang berdentam-dentum bunyinya.Seronok makan ramai-ramai masa pagi raya saling salam salaman dan memohon maaf dengan berpakaian serba baru dan beraneka warna .Colourful mcm rainbow.


Yang berbaju coklat tu la saya dekat kerusi tu korang jangan keliru pulak sebab colour kerusi sama dengan colour baju.Hee3

Sunday, September 13, 2009

Semester Pertama

Sini saya nak cerita pengalaman masa dalam semesta pertama kat UITM ni.(bkn alam semesta yek,he3 kadang2 bole keliru gak).Al-maklum la pelajar baru.Pada mulanya mestilah takut,gelabah,nevous pun ada ,yela kita tak tau macam mana tinggal kat tempat orang.Elok ke tak,tapi nasib baik lah saya cepat menyesuaikan diri kat sini ,alhamdulilah saya tak mengalami kejutan budaya .Kemudahan yang ada kat sini ok lah tak lah teruk sangat ,semuanya cukup tapi kalo nak perfect lagi baiklah tinggal kat rumah tak payah lah pergi universiti yek.......(ngada-ngada btol).kat sini baru kita tahu apa itu assigment rupa2nya sama dgn "homework"mcm masa kita sekolah dulu2 tp assigment lebih comersial la, sedap di dengar(glamor skit).........

Macam-macam yang tejadi masa semester pertama ni yang paling GEMPAK penyakit H1N1 semakin menular dan banyak yang demam waktu itu ,ramai jugak lah yang kena pulang (kuarantin ).Sampaikan wakil PTPTN pun takut nak datang sbb takut tejangkit sama SYUKUR saya terhindar dari H1N1.Sekarang ni kering kontang dah poket seluar sbb duit nak belanja makin surut.......Penyakit ni masih ada so bejaga-jaga lah dan jaga kebersihan diri dan keluarga .

Cara pangajaran kat sini tak sama dengan kat sekolah ,dimana semuanya disuap cikgu,kat sini pula ialah tempat kita mencari ilmu bukan lagi hanya mendengar dan belajar.