gegar gegar

Wednesday, October 7, 2009

Dari Mana datangnya BENCANA itu.?

Akibat cintakan dunia, Takutkan mati..
Umat yg hilang pegangan agama akan hanyut di bawa air bah. Akhirnya ia akan lenyap ditelan bumi atau hilang di tengah lautan.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya): "(Masa) semakin hampir bagi (bukan islam) untuk saling menguasai kamu sebagaimana para pelahap saling ajak-mengajak utk menyantap hidangan mereka." Sahabat bertanya: "Adakah keadaan itu disebabkan bilangan kita sedikit?"Baginda menjawab: "(Tidak) Bahkan keadaan kamu pada hari itu ramai cuma keadaan akamu sama seperti buh air bah. (Jesteru) Allah akan mencabut dari hati musuh kamu perasaan gerun terhadap kamu, sebaliknya Dia akan mencampakkan ke dalam hati kamu perasaan wahan.Sahabat bertanya: "Apakah wahan itu? Nabi S.A.W. menjawab: "Cintakan dunia dan takutkan mati." (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Abu Nucaim dan dinilai sahih oleh Al-Albani.Lihat: Ad-Durar As Saniyyah,atas talian
http://www.dorar.net./mhadith.asp).
Gejala wahan telah mencetuskan ketamakan dalam perebutan pangkat dan kuasa. Kedua-duanya adalah jalan utk membolot harta. Dgn harta,manusia boleh merealisasikan segala keinginan syahwatnya. Manusia sanggup melakukan apa sahaja utk pangkat & kuasa, meskipun terpaksa mengorbankan pegangan agama.
Dalam bayangan kehinaan yg menggamit umat negara ini, sayugia kita berwaspada agar tidak terleka dgn kehidupan dunia.Allah SWT menjanjikan balasan Neraka bagi manusia yg leka mengejar habuan dunia. Tetapi DIA menjanjikan Syurga bagi sesiapa yg dpt mengawal nafsunya.
Allah SWT berfirman (maksudnya): "Maka(dptlah masing2 mengetahui kesudahannya), adapun orang yg melampau (perbuatan derhakanya) serta dia mengutamakan kehidupan semata-mata, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun org yg takutkan keadaan semasa ia berdiri di Mahkamah Tuhannya, (utk dihitung amalnya) serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya Syurgalah kediamannya." (An-Naziat,79: 37-41)
Dalam satu ucapan di UKM, seorg Profesor Universiti Baghdad berkata, "Umat Islam di Baghdad tidak mengharapkan bantuan fizikal dari rakyat Malaysia. Anda terlalu lemah utk menghadapi cabaran jihad.Apa yg kami harapkan ialah supaya anda mengambil iktibar, biar apa yg berlaku di Iraq tidak berlaku di negara anda."
Mengambil iktibar dari bencana Gaza bukan sekadar melaungkan slogan anti-YAHUDI. Semua org menyatakan kebencian terhadap Yahudi. Tetapi produk Yahudi masih memenuhi rumah sendiri. Kebencian perlu dizahirkan. Tetapi apa yg lebih penting ialah menjauhi faktor kelemahan yg secara senyap dirancang oleh Yahudi.

No comments:

Post a Comment