gegar gegar

Monday, August 24, 2009

PUASA OH PUASA

Hukum bagi orang islam berpuasa di bulan ramadhan ialah wajib...saya juga tidak ketingalan meraikan bulan ramadhan al-mubarak yang mulia ini..ia hanya datang setahun sekali..yang membuatkan saya pelik mengapa masih ramai dikalangan kita yang masih lalai dan melepaskan peluang untuk mempertambahkan ibadah puasa ini..(RASULLULAH S.A.W pernah bersabda; siapa yang bergembira dengan datangnya ramadhan ,maka ALLAH mengharamkan jasadnya masuk dalam semua pintu neraka....



Ini bukan bermakna kita gembira kerana di bulan ramadhan di sediakan pelbagai juadah yang sedap-sedap..Yang diertikan seperti sabda nabi adalah pada bulan ini lah kita perlu mengambil sepenuh peluang yang ada untuk mengupgrade diri kita...



KEBAIKAN BERPUASA mengikut- Prof. Madya Mohd. Isa Abdul Majid dari

(Pusat Racun Negara, USM )


SALAH satu cara untuk mengatasi ketagihan rokok seperti yang dibincangkan dalam buletin ini adalah dengan cara berpuasa. Berpuasa sangat digalakkan kerana dalam hal ini ia merupakan satu bentuk latihan keazaman serta kesungguhan di samping manjalani amalan berhenti merokok secara berperingkat-peringkat. Dari kajian mendalam dalam bidang perubatan, berpuasa dianggap sebagai suatu bentuk terapi semula jadi yang boleh mengatasi beberapa masalah akibat pemakanan tidak betul disebabkan lebihan makanan yang seringkali timbul di negara maju dan membangun. Di antara masalah ini termasuklah penggumpulan lemak di saluran darah (Atherosclerosis), tekanan darah meningkat (Hypertension) penyakit jantung alahan dan penyakit kencing manis (diabetes).



Disini kita dapat simpulkan bahawa tidak ada alasan untuk kita tidak berpuasa setiap suruhan itu pasti ada kebaikan kepada diri kita.....saya akhiri dengan pantun kelakar



jangan lupa renew lesen mulut,
serviskan hati,
kawal kadar pencemaran mata dan telinga,
peliharalah enjin perut,
tax minda dan cukai kesabaran.
Anda mungkain pemenang anugerah malam lailatul qadar 2009......

SELAMAT BERPUASA.........

No comments:

Post a Comment