gegar gegar

Monday, October 19, 2009

MaTeMaTiC dan Aku...........

Mathematic? sape kate tak best? Best Ape ?mathematic la senang nak score sbb pusing2 sama aje jalan kira dia cume korang kena kreatif ar,,,,he3 saya dulu bknnye teror sangat math ni,oleh kerana jasa cikgu math garang sgt so tibe2 jadi terror plak.....Peh korang tak tau cikgu math skolah rendah saya garang gile kalo keja tak siap mahunya buku korang terbang macam piring terbang di balingnya.....
Oleh kerana saya ni baik budaknya tak pernah la buku saya diterbangkan ke angkasa(hakikatnya gerun cikgu garang he3).........Kalo kerja sekolah tu mesti lah kemas dan teratur,jawapan mesti digaris dengan pensel warna merah ,boleh dikatakan stok pensel warna kat kedai area skolah habis lah(kedai rainbow)......promote~~~
Betol korang cayo la ckp eden......nama cikgu yang banyak melahirkan bdk2 yang teror math kat Sri Skudai ialah CIKGU CHANDRA.........Pada mulanya masa masuk kat Segamat ni ingatkan kursus Pengurusan Maklumat nie ada la subjek Math,rupe2 nye tak ada langsung buang karen aje saya siap bwk 2 kalkulator........hu3
Tak ape lah math tak ada pun tak ape ...............Idup library(Bodek ,maklumlah kursus information management)...

Friday, October 16, 2009

QASEH antara MANUSIA dan ..........

Buat ape tu marilah sini duk tgk video ni sambil minum air kopi dengan roti..duduk la jgn tak duduk......

Saya sarankan tontonlah video ini kerana ia dapat menyedarkan kita bahawa haiwan juga mempunyai perasaan walaupun ia tidak dapat diluahkan oleh kata,betul pepatah yang mengatakan when we love someone its shown.....

Pada pertama kali saya menonton video ini hati saya tersentuh dengan keakraban mereka ,hampir menitis air mata saya menontonnya....(touching btol menusuk ke kalbu).Senang kata korang tontonlah bru tahu cam ne perasaan korang...kalo tak ada perasaan tu korang mmg le perasan.......

Walaupun ia telah berlaku pada waktu yang lama dahulu ttp impak yang diberikan amat besar hingga kini....(tgk gambar pun kita boleh tahu ia berlaku pada zaman tok kaduk)....

SEKIAN WASSALAM????????????

Finale Intermeso Night 09



Finale Intermeso Night ? ish ape tu? kalau korang nak tahu itulah nama yang diberi untuk majlis makan malam bagi pengakhiran semesta ini...Kalo korang nak tahu just google it.....Time ni lah kitaorang bergaya sakan ,tema bagi pakaian hari ini adalah hijau,puteh dan hitam tetapi oleh kerana kelas kami ada buat fashion show so kena la pakai baju yang lain daripada yang lain....GILA GLAmOUR la KATAkan ....he3

Inilah antara kerenah kami sekelas yang dapat dirakam ,boleh dikatakan naik cramp muka asyik nak pose dan senyum..suma orang yang ada kalau boleh kami nk bergambar..3 antara gamba yang jdi pilihan yang paling atas tu gamba saya and mashi(siti hazira) pose yang kitaorang buat ialah pose ikan buntal he3........tak lama lagi saya dapat jangkakan ia akn menjadi ikutan ramai........he3 pasal kitaorg mmg cute...

Gambo hok yang di tongah tu saya dengan mat kesatria tiap-tiap ari rabu bru jumpa dia berkawat sama platun ,platun 5 company ECHO,saja untuk kenangan....yang bwh plak gamba beramai-ramai bg memeriahkan majlis,antara yang ada ialah azian ,mashi,anis izurain,emilia,arffah,farahiyah (yang glamor mcm pengantin tu),jejaka sorang kat dpn tu ialah fakharudin and last but not list mestilah tuan punya blog pun ada.....world without me is nottin...

Tabik spring kat exco yg menjayakan majlis ni tp yang paling penting makanan memang sedap.hingga menjilat ibu jari...........iklan KFC skit ....Meriah sungguh malam 13 okto aritu dgn persembahan dan cabutan bertuah bg yang bertuah ........kalo tah bertuah pun ,,,betuah btol lah bdk ni!!!!!!!!!!!

Yang paling penting semua happy.....Bye



Saturday, October 10, 2009

Macam-macam jenis kuih ada!!!!!!

Pelbagai juadah yang disediakan setiap hari raya sama ada di Semenanjung mahu pun Di Sabah dan Sarawak.Seperti kebanyakan kuih yang terkenal di Semenanjung contohnya ialah Kuih Semperit,Kuih Batang Buruk,Biskut Makmur dan byk lagi kalo nak di senaraikan amat lah banyak,tak muat satu page.Sebenarnya tidak ada bezanya antara perayaan masing-masing ,sama sahaja cuma beza etnik dan tutur bahasa .Tetapi yang paling penting sekarang ialah ,bak kata PM kita sekarang Satu Malaysia,apapun kita adalah sama.

Apa yang menarik minat saya mengenai kuih ini ialah warnanya yang pelbagai.Kek Batik ini amat terkenal di negeri sarawak terutamanya apabila tiba musim raya aidilfitri.Buat pertama kalinya saya merasa kuih ini di sini(uitm segamat),kawan wing saya (ikin )menjemput saya untuk merasa kuih buatan tangan ibu dan neneknya ini.Saya pernah melihatnya di televisyen tetapi tak pernah merasanya .Kalau kita lihat dari rupa kek ini amatlah cantik dan perlukan penelitian yang amat tinggi.Pada mulanya rasanya amat pelik bagi saya ,mungkin kerana tidak biasa (maklumlah orang jakun baru first time rasa)he3.


Untuk pengenalan kek yang diatas itu kek batik nama diberi,kek batik namanya adalah kerana corak dan warna kek ini amat mirip dengan dengan batik,manakala kek yang dibawah itu adalah kek kipas,(saya mengelar kek ini kek kipas angin kerana apabila ditiup angin kuih ini akan berkecai hancur),tetapi kalau dilihat dari corak dan bentuk kek ini kita dapat tahu dari mana datangnya nama itu.Pada pendapat saya untuk membuat kek ini perlu kesabaran dan kemahiran yang tinggi, ini kerana proses pembuatannya amat rumit.....
SELAMAT MENIKMATI HIDANGAN!!!!

Wednesday, October 7, 2009

Dari Mana datangnya BENCANA itu.?

Akibat cintakan dunia, Takutkan mati..
Umat yg hilang pegangan agama akan hanyut di bawa air bah. Akhirnya ia akan lenyap ditelan bumi atau hilang di tengah lautan.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya): "(Masa) semakin hampir bagi (bukan islam) untuk saling menguasai kamu sebagaimana para pelahap saling ajak-mengajak utk menyantap hidangan mereka." Sahabat bertanya: "Adakah keadaan itu disebabkan bilangan kita sedikit?"Baginda menjawab: "(Tidak) Bahkan keadaan kamu pada hari itu ramai cuma keadaan akamu sama seperti buh air bah. (Jesteru) Allah akan mencabut dari hati musuh kamu perasaan gerun terhadap kamu, sebaliknya Dia akan mencampakkan ke dalam hati kamu perasaan wahan.Sahabat bertanya: "Apakah wahan itu? Nabi S.A.W. menjawab: "Cintakan dunia dan takutkan mati." (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Abu Nucaim dan dinilai sahih oleh Al-Albani.Lihat: Ad-Durar As Saniyyah,atas talian
http://www.dorar.net./mhadith.asp).
Gejala wahan telah mencetuskan ketamakan dalam perebutan pangkat dan kuasa. Kedua-duanya adalah jalan utk membolot harta. Dgn harta,manusia boleh merealisasikan segala keinginan syahwatnya. Manusia sanggup melakukan apa sahaja utk pangkat & kuasa, meskipun terpaksa mengorbankan pegangan agama.
Dalam bayangan kehinaan yg menggamit umat negara ini, sayugia kita berwaspada agar tidak terleka dgn kehidupan dunia.Allah SWT menjanjikan balasan Neraka bagi manusia yg leka mengejar habuan dunia. Tetapi DIA menjanjikan Syurga bagi sesiapa yg dpt mengawal nafsunya.
Allah SWT berfirman (maksudnya): "Maka(dptlah masing2 mengetahui kesudahannya), adapun orang yg melampau (perbuatan derhakanya) serta dia mengutamakan kehidupan semata-mata, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun org yg takutkan keadaan semasa ia berdiri di Mahkamah Tuhannya, (utk dihitung amalnya) serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya Syurgalah kediamannya." (An-Naziat,79: 37-41)
Dalam satu ucapan di UKM, seorg Profesor Universiti Baghdad berkata, "Umat Islam di Baghdad tidak mengharapkan bantuan fizikal dari rakyat Malaysia. Anda terlalu lemah utk menghadapi cabaran jihad.Apa yg kami harapkan ialah supaya anda mengambil iktibar, biar apa yg berlaku di Iraq tidak berlaku di negara anda."
Mengambil iktibar dari bencana Gaza bukan sekadar melaungkan slogan anti-YAHUDI. Semua org menyatakan kebencian terhadap Yahudi. Tetapi produk Yahudi masih memenuhi rumah sendiri. Kebencian perlu dizahirkan. Tetapi apa yg lebih penting ialah menjauhi faktor kelemahan yg secara senyap dirancang oleh Yahudi.